Thursday, July 15, 2010

Syarat-syarat Wuduk


Syarat sah Wuduk itu ada enam:-


1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)


2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.


3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).


4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.


5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.


6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Enam perkara membatalkan wuduk:-


1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.


2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.


3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.


4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.


5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).


6. Murtad.



Rukun-rukun Wuduk


Rukun wuduk itu ada enam perkara:-


1. Niat


2. Membasuh muka


3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku


4. Menyapu air di kepala


5. Membasuh kedua kaki


6. Tertib

No comments:

Post a Comment