Friday, July 2, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Menceritakan Tentang Sifat Dajal, Dajal Tidak Dibenarkan Memasuki Madinah, Dia Akan Mematikan Orang Mukmin Serta Menghidupkannya


5229.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment