Saturday, July 31, 2010

CERAMAH UST. SHAMSURI 11/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 10/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 9/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 8/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 7/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 6/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 5/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 4/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 3/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 2/11

CERAMAH UST. SHAMSURI 1/11

Friday, July 30, 2010

GAMBAR SEJARAH RASULULLAH DAN KAABAH




Banjir di Makkah


Timba digunakan untuk menceduk air zam-zam



Pengaliran air zam-zampada tahun 1345 H







Permandangan dalam dan luar kaabah



Anak kunci pintu Kaabah


Gambar lama tempat saei

Tempat Rasulullah naik ke langit

Tapak kaki Nabi Ibrahim

Gua Hira

Gua Thur tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar As-Siddiq sebelum menujuju ke Madinah


Hukuman pancung dilaksanakan

Sunday, July 25, 2010

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Friday, July 16, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW


· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajahAbrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hambaperempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenaliHalimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



USIA 5 TAHUN


· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikatuntuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



USIA 6 TAHUN


· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



USIA 8 TAHUN


· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).


· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusanperniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentangpengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masaitu.



USIA 20 TAHUN


· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari danberperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja..· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberipertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN


· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijahbinti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untukmeminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



USIA 35 TAHUN


· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan pendudukMakkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakanbatu tersebut.



USIA 40 TAHUN


· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN


· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


§ Khadijah Binti Khuwailid.§ Saudah Binti Zam’ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§ Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§ Zainab Binti Jahsy.§ Maimunah Binti Harith.§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1. Qasim

2. Abdullah

3.. Ibrahim

4. Zainab

5. Ruqaiyah

6. Ummi Kalthum

7. Fatimah Al-Zahra ‘



ANAK TIRI RASULULLAH SAW


Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN

1. Thuwaibah 1. Hamzah

2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad



SAUDARA SUSUAN


1. Halimah Al-Saidiyyah

1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib

2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza

3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza

4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith

2. Muqawwam

3. Zubair

4. Hamzah ***

5. Al-Abbas ***

6. Abu Talib

7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)

8. Abdul Ka ‘ bah

9. Hijl10. Dhirar

11. Umaimah

12. Al-Bidha (Ummu Hakim)

13. Atiqah ##

14. Arwa ##

15. Umaimah

16. Barrah

17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***


*** Sempat masuk Islam.

## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintaiaku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalamsyurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikalBaginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersuamuka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaranapa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

- Aku melihat cahaya dari lidahnya.

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasamarah.

- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan aslidi bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik..

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat danputih.

- Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

- Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuransederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramaibaginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

AURAT WANITA


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah


3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.


10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.


11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.


12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.


Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya

Thursday, July 15, 2010

Syarat-syarat Wuduk


Syarat sah Wuduk itu ada enam:-


1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)


2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.


3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).


4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.


5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.


6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.



Enam perkara membatalkan wuduk:-


1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.


2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.


3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.


4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.


5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).


6. Murtad.



Rukun-rukun Wuduk


Rukun wuduk itu ada enam perkara:-


1. Niat


2. Membasuh muka


3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku


4. Menyapu air di kepala


5. Membasuh kedua kaki


6. Tertib

Balasan Meninggalkan Solat


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa Diciptakan Neraka?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”


Sejarah Solat Lima Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi Terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Monday, July 12, 2010

Gambar Ekslusif Barangan Nabi Muhammad S.A.W

Sandal Rasulullah S.A.W


Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW


Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW


Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.





Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW



Beberapa helai rambut Rasulullah SAW


Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.



Cop surat rasmi Rasulullah SAW.



Bendera Rasulullah SAW



Busur panah Rasulullah SAW






Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.

Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.







Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.


Topi perang Rasulullah SAW

Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW


Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah

Kelebihan Berselawat

Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail a.s.: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil a.s.: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail a.s. pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi." Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah s.a.w. .? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah s.w.t., Rasul dan para malaikat.

Sunday, July 11, 2010

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan MikrajRasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S. v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Friday, July 2, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Hampirnya Fitnah Dan Terbukanya Dinding Yakjuj Dan Makjuj

5128.
Hadis Zainab binti Jahsyin r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat. Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

5130.
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Hari ini dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Wuhaib (perawi Hadis ini) mengisyaratkan angka sembilan puluh dengan membuat lingkaran jari telunjuk dan ibu jarinya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Kemusnahan Tentera Yang Menyerang Kaabah

5134.
Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menggerak-gerakkan tangan dalam tidurnya, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah, di dalam tidur anda melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan. Baginda bersabda: Menghairankan, ada segolongan manusia daripada umatku yang menyerbu ke Baitullah kerana ada seorang lelaki Quraisy berlindung di Baitullah sehingga ketika mereka sampai di Baida' mereka dibenamkan (dimusnahkan). Kami berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya jalan itu telah dipenuhi oleh manusia. Baginda bersabda: Benar, di antara mereka ada yang memang berniat untuk menyerbu, ada yang dipaksa dan ada yang sekadar melalui tempat tersebut, tetapi mereka semuanya dibinasakan sekaligus, lalu mereka dibangkitkan dari tempat-tempat yang berlainan, Allah akan membangkitkan mereka berdasar kepada niat mereka.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Berlakunya Fitnah Bagaikan Gugurnya Air Hujan

5135.
Hadis Usamah r.a: Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.


5136.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Apabila Dua Orang Muslim Berhadapan Dan Kedua duanya Menghunus Pedang


5139.
Hadis Abi Bakrah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila dua orang Muslim bertemu dan kedua-duanya menghunus pedang masing-masing, maka orang yang membunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya akan dimasukkan ke dalam Neraka. Menurutnya lagi, aku berkata atau baginda ditanya: Wahai Rasulullah kalau orang itu membunuh maka jelaslah dosanya, akan tetapi apakah kesalahan orang yang dibunuh. Baginda bersabda: Sesungguhnya beliau juga berniat untuk membunuh saudaranya.


5142.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah ada dua puak yang besar saling berperang antara satu sama lain, di mana berlaku pertempuran yang besar di kalangan mereka sedangkan dakwaan mereka adalah sama.


5143.
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat itu akan berlaku setelah banyaknya peristiwa Harj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Harj itu? Baginda bersabda: Pembunuhan, pembunuhan.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Keterangan Nabi s.a.w Tentang Apa Yang Bakal Terjadi Sebelum Berlakunya Kiamat

5146.
Hadis Huzaifah bin Al-Yaman r.a: Demi Allah aku merupakan orang yang paling tahu di kalangan manusia tentang semua fitnah yang akan berlaku antaraku (ketika Huzaifah mengeluarkan kata-kata) sehinggalah berlakunya Kiamat. Aku tidak tahu (tentang fitnah) melainkan Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku sesuatu secara rahsia dan baginda tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain tetapi Rasulullah s.a.w telah memberitahu (tentang fitnah) ketika Rasulullah s.a.w memberi ucapan dalam satu majlis yang aku turut menghadirinya. Maka Rasulullah s.a.w bersabda untuk memberitahu bilangan fitnah. Di antara fitnah-fitnah itu terdapat tiga perkara yang tidak memberi sebarang kesan dan di antara fitnah itu ialah fitnah-fitnah yang diibaratkan seperti angin di musim panas, ada yang kecil dan ada yang besar.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tidak Akan Berlaku Kiamat Sehinggalah Sungai Furat Mengeluarkan Bukit (Timbunan) Emas

5152.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tidak Akan Berlaku Kiamat Sehinggalah Keluar Api Di Negeri Hijaz

5164.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat sehinggalah keluar api di Negeri Hijaz yang menerangi tengkuk-tengkuk unta di Busra.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Berlakunya Fitnah Di Timur, Di Mana Akan Muncul Di Sana Dua Tanduk Syaitan

5167.
Hadis Ibnu Umar r.a: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda dalam keadaan baginda menghadap ke arah timur: Sesungguhnya fitnah akan muncul di sebelah sana, sesungguhnya fitnah akan muncul di sana yang mana akan muncul dua tanduk syaitan.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus Menyembah Berhala Zal Khalasah


5173.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh Bani Daus pada zaman Jahiliyah di Tabalah.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tidak Akan Berlaku Kiamat Sehinggalah Seorang Lelaki Datang Ke Kubur Lelaki Lain Dan Dia Mengharapkan Dia Dimatikan Untuk Lari Dari Bala (Masalah Hidup)

5175.
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah seorang lelaki datang ke kubur seorang lelaki lain dan berkata: Kalau boleh aku ingin berada di tempat mayat itu (mati).


5182.
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah keluarnya seorang lelaki dari Kaum Qahtan yang akan memerintahkan atau memandu manusia dengan tongkatnya.


5184.
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang diibaratkan muka-muka mereka seperti perisai bagi tentera. Hari Kiamat juga tidak akan berlaku sehinggalah kamu memerangi satu kaum yang memakai kasut yang diperbuat daripada rambut.


5200.
Hadis Ibnu Umar r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kamu semua akan membunuh orang-orang Yahudi. Maka kamu semua akan membunuh mereka sehingga batu akan berkata: Wahai para Muslimin! Di sini ada orang Yahudi, datanglah ke mari dan bunuhlah dia.


5203.
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang Yahudi. Orang-orang Islam memerangi mereka menyebabkan orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka batu atau pokok berkata: Wahai orang-orang Islam! Wahai hamba Allah! Ada Yahudi di belakangku. Datanglah ke sini dan bunuhlah dia melainkan pokok yang berduri, kerana pokok itu adalah di antara pokok kaum Yahudi.


5205.
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah dibangkitkan para Dajal pendusta yang hampir bilangan mereka tiga puluh orang. Setiap mereka mendakwa dirinya adalah Rasul (utusan) Allah.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Kisah Ibnu Soyyad


5209.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Aku telah menemani Ibnu Soyyad ke Mekah. Dia telah berkata kepadaku: Adakah engkau tahu, aku telah menjumpai manusia yang menyangka aku adalah Dajal. Tidakkah engkau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Dajal tidak diperanakkan. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan. Tidakkah kamu telah mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal tidak memasuki Madinah dan juga Mekah. Aku menjawab: Memang benar. Ibnu Soyyad berkata lagi: Aku telah diperanakkan di Madinah sekarang ini aku ingin pergi ke Mekah. Abu Said Al-Khudriy berkata: Kemudian Ibnu Soyyad berkata kepadaku di akhir perbicaraannya: Demi Allah. Sesungguhnya aku merupakan orang yang paling tahu tentang kelahirannya, tempatnya dan di mana dia. Abu Said Al-Khudriy berkata: Dia telah menyebabkan aku kebingungan.


5214.
Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Diriwayatkan daripada Muhammad bin Al-Mungkadir r.a katanya: Aku telah melihat Jabir bin Abdullah telah bersumpah dengan nama Allah bahawasanya Ibnu Soyyad adalah Dajal. Aku bertanya: Adakah kamu bersumpah dengan nama Allah? Ibnu Jabir menjawab: Aku telah mendengar Umar bersumpah sedemikian ketika bersama Nabi s.a.w dan Nabi tidak mengingkarinya.


5215.
Hadis Abdullah bin Umar r.a: Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab telah bertolak bersama Rasulullah s.a.w dan beberapa orang sahabat (sekumpulan sahabat yang tidak lebih dari sepuluh orang) ke perkampungan Ibnu Soyyad. Setibanya baginda di sana, baginda s.a.w mendapati beliau sedang bermain dengan beberapa orang kanak-kanak lelaki di tepi binaan yang tinggi kepunyaan Bani Maghalah. Ketika itu Ibnu Soyyad hampir baligh. Ibnu Soyyad tidak menyedari kedatangan Rasulullah s.a.w sehinggalah Rasulullah s.a.w menepuk belakangnya dengan tangan lalu bertanya kepada Ibnu Soyyad: Adakah engkau bersaksi bahawa aku ini Rasulullah? Ibnu Soyyad melihat kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Aku bersaksi bahawa engkau Rasul (utusan) para Ummiyyin (tidak pandai membaca dan menulis). Ibnu Soyyad bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Adakah engkau bersaksi aku adalah utusan Allah? Rasulullah s.a.w menolak pertanyaan tersebut lalu bersabda: Aku hanya beriman dengan Allah dan para Rasul-Nya. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Apa yang engkau nampak (tentang perkara-perkara ghaib)? Ibnu Soyyad berkata: Datang kepadaku berita benar dan berita bohong. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Engkau tidak dapat membezakan antara keduanya. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Sesungguhnya aku telah menyembunyikan sesuatu darimu supaya engkau boleh memberitahuku benda tersebut. Ibnu Soyyad berkata: Ia adalah Dukh, iaitu sejenis asap. Lalu Rasulullah s.a.w terus memotong cakapnya dengan menyebut: Ikhsa' (Cis!). Engkau tidak dapat menyaingi kemampuan engkau kerana engkau tidak lebih dari seorang pendeta yang diberitahu oleh syaitan. Lalu Umar bin Al-Khattab berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Biarkan aku memenggal lehernya. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya benar dia adalah Dajal maka engkau tidak mampu membunuhnya dan sekiranya dia bukan Dajal maka tiada gunanya engkau membunuhnya. Salim bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Umar menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersama Ubai bin Kaab Al-Ansariy ke sebuah kebun tamar. Di dalam kebun tamar itulah Ibnu Soyyad berada. Apabila Rasulullah s.a.w memasuki kebun itu, baginda segera bersembunyi di belakang pelepah tamar. Baginda bersembunyi supaya boleh mendengar apa yang diucapkan oleh Ibnu Soyyad tanpa dilihat (diketahui) oleh Ibnu Soyyad. Maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ibnu Soyyad sedang mengiring di atas hamparan yang dianyam dari kapas sambil mengeluarkan suara yang tidak difahami. Tiba-tiba ibu Ibnu Soyyad ternampak Rasulullah s.a.w yang sedang bersembunyi di belakang pelepah tamar, lalu dia memberitahu Ibnu Soyyad: Wahai Sof! Sof adalah nama Ibnu Soyyad. Ini Muhammad, lalu Ibnu Soyyad bangkit. Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya ibu Ibnu Soyyad membiarkannya nescaya akan nyata siapakah sebenarnya Ibnu Soyyad. Salim menceritakan bahawa Abdullah bin Umar berkata: Maka Rasulullah s.a.w berdiri di tengah-tengah orang ramai lalu memuji Allah dengan apa yang layak bagi-Nya, kemudian memperkatakan tentang Dajal, sabdanya: Sesungguhnya aku memperingatkan kamu tentang Dajal dan semua para Nabi sebelum ini memperingatkan kaumnya mengenai Dajal. Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya tentang Dajal, tetapi aku terangkan kepada kamu sesuatu yang belum pernah diterangkan oleh para Nabi sebelum ini kepada kaumnya. Ketahuilah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya, sedangkan Allah Maha Suci lagi Maha Luhur dan tidak buta.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Cerita Mengenai Dajal, Sifat Dan Perkara Yang Ada Bersamanya

5219.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).


5222.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.


5227.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Menceritakan Tentang Sifat Dajal, Dajal Tidak Dibenarkan Memasuki Madinah, Dia Akan Mematikan Orang Mukmin Serta Menghidupkannya


5229.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.

Thursday, July 1, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Cerita Mengenai Dajal, Sifat Dan Perkara Yang Ada Bersamanya

5219.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).


5222.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.


5227.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Menceritakan Tentang Sifat Dajal, Dajal Tidak Dibenarkan Memasuki Madinah, Dia Akan Mematikan Orang Mukmin Serta Menghidupkannya

5229.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.