Thursday, July 1, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tanda Hampirnya Kiamat

5244.
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.
5245.


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah).

5248.
Hadis Aisyah r.a katanya: Orang Arab Badwi telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat iaitu bilakah berlakunya Hari Kiamat. Maka Rasulullah s.a.w melihat kepada yang paling muda di antara orang arab kampung itu lalu bersabda: Sekiranya dia ini hidup dan belum sempat tua (mati sebelum tua), maka ketika itu berlakulah Kiamat untuk kamu. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).


5249.
Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan masa berlakunya Kiamat. Ketika itu ada seorang budak lelaki dari kaum Ansar yang dipanggil Muhammad. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya budak lelaki ini hidup, boleh jadi dia tidak sempat tua (mati sebelum tua) sehinggalah berlakunya Kiamat. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).

No comments:

Post a Comment