Thursday, July 1, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Cerita Mengenai Dajal, Sifat Dan Perkara Yang Ada Bersamanya

5219.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).


5222.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.


5227.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.

No comments:

Post a Comment