Thursday, January 27, 2011

IMAN DAN ISLAM YANG SEMPURNA

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut (nama) Allah (dan sifat-sifatNya): gementarlah hati mereka (kerana takut melanggar laranganNya), dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah;

"Mereka juga mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepadanya;

"Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya (dan dengan sempurnanya) (2-4 Al-Anfal),

Hadis Keempat Belas
14- عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ. (البخاري ومسلم)



14 - Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat belas ini menegaskan bahawa:

Hakikat iman seseorang tidak akan sempurna melainkan apakala ia mengutamakan kasihnya kepada Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:

Sebagaimana yang sedia maklum bahawa sebab-sebab yang menjadikan seseorang tertarik hatinya menghargai, suka, berkenan atau kasih kepada sesuatu perkara atau seseorang ada kalanya kerana sesuatu perkara atau seseorang itu memberi:

1) Keseronokan atau kesedapan kepada pancainderanya, seperti rupa yang cantik, suara yang merdu, bau yang harum, makanan atau minuman yang lazat, dan pakaian atau tubuh badan yang halus lembut;

2) Ketenteraman dan kesukaan kepada jiwa dan fikirannya, seperti amal ibadat yang salih, budi bahasa yang mulia dan ilmu pengetahuan yang berguna;

3) Keselamatan dan kebahagiaan kepada keadaan hidupnya dunia dan akhirat, seperti harta benda, anak pinak, kaum keluarga dan kawan teman.

Kalau salah satu dari sebab-sebab itu menjadi daya penarik hati seseorang maka tentulah lebih kuat dan lebih mendalam tertariknya hati seseorang itu kepada sesuatu perkara atau seseorang yang ia percaya ada padanya semua sebab-sebab yang tersebut dan tidak terhimpun sebab-sebab daya penarik itu pada makhluk yang lain daripada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Oleh yang demikian tidak sempurna iman seseorang selagi ia tidak cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w., tidak suka dan tidak berkenan kepada apa yang dibawanya dan tidak menghargai ajaran-ajarannya.

Sebenarnya cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. ialah suka dan berkenan mematuhi suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Seseorang - walau sesiapa pun - apabila ia mengetahui sesuatu perkara yang dapat menarik hati dan keredhaan orang yang dikasihinya seperti isterinya atau sahabatnya atau ketuanya, tak dapat tidak ia akan melakukan perkara itu dan menyempurnakannya. Maka bagi orang yang cinta kasih kepada Rasulullah s.a.w. sudah tentu tidak ada sesuatu perkara pun sama ada dari urusan dunia atau agama yang wajib disegerakan mengerjakannya lebih daripada melakukan apa yang disukai dan diredhai oleh Rasulullah s.a.w.

Suka dan berkenan yang tersebut adalah dan kewajipan agama yang diterangkan oleh Allah Taala di dalam Al-Qur'an al-Karim, ayat 24, surah At-Taubah, yang maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya), kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik. "

Hadis Kelima Belas
15- عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. (البخاري ومسلم)
15 - Dari Anas ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang ia sendiri suka mendapatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelima belas ini menerangkan bahawa:

Tidak sempurna iman seseorang yang tidak mempunyai perasaan timbang rasa persaudaraan sesama manusia.
Huraiannya:

Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu dan perpaduan yang demikian tidak akan wujud melainkan dengan adanya perhubungan yang baik yang menghubungkan orang-orang perseorangan antara satu dengan yang lain dan menghubungkan mereka dengan masyarakat seluruhnya!

Sebaik-baik asas yang menjamin keselamatan dan kemajuan bagi masyarakat dan menjamin kehidupan yang aman bahagia - ialah: "Hendaklah tiap-tiap seseorang dari mereka sukakan kebaikan bagi orang lain sebagaimana ia menyukainya bagi dirinya sendiri."

Ada di antara manusia yang sukakan dirinya sahaja dan tidak memikirkan orang yang menderita sakit pening, kemiskinan dan duka nestapa.

Jenis manusia yang demikian tidak mengakui persahabatan pertalian kaum kerabat dan maruah kecuali jika ia ada mempunyai sesuatu faedah disebaliknya.

Kebaikan pada pandangannya ialah yang membawa faedah kepadanya walaupun faedah itu haram; dan kejahatan pada pandangannya ialah perkara yang menyebabkan dia mengeluarkan tenaga dan harta benda, sekalipun perkara itu mendatangkan faedah kepada anak-anak watannya, atau sahabat-sahabatnya atau pun kaum kerabatnya.

Ada kalanya dia bertambah perasaan tamak halobanya, sehingga dia memandang dirinya sahajalah yang berhak mendapat kebaikan dan orang lain tidak berhak mendapat sesuatu pun, lalu dia berusaha untuk mendapat segala-galanya, sekalipun benda-benda itu dari harta benda orang-orang miskin dan makanan orang-orang yang dhaif lemah.

Jenis manusia ini, yang hidup untuk kepentingan dirinya semata-mata dimurkai Allah Taala, dibenci oleh Islam dan disifatkan akhlaknya yang demikian, terkeluar dan dasar Islam.

Ada pun jenis manusia yang dikasihi Allah dan diredhai oleh masyarakat - ialah orang yang hidup untuk dirinya dan untuk orang lain dan sentiasa memikirkan kebaikan umat manusia sebagaimana ia memikirkan kebaikan dirinya sendiri, kerana sikap yang demikian adalah dari iman yang sempurna.

Cinta kasih kepada umat manusia yang tidak memusuhi Islam dan pelaksanaan tanggungjawab terhadapnya - itulah yang menguatkan perhubungan sesama manusia sekalipun berlainan bangsa dan agama dan itulah jua yang menghapuskan banyak di antara kejahatan-kejahatan dan perbuatan yang durjana.

Seseorang yang mengikat perhubungannya dengan orang lain berdasarkan asas yang tersebut ialah orang yang bersih suci hatinya dan segala sifat yang keji, seperti hasad dengki, dendam kesumat, sombong angkuh dan sebagainya. Orang itu ialah juga orang yang waras fikiran dan kesedarannya, serta menjadi anggota masyarakat yang baik dan berguna.

Hadis Keenam Belas
16- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ. (الأربعين النووية)



16 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga hawa nafsunya tunduk menurut hukum-hukum dan pengajaran yang aku telah membawanya."

(Al-Arba'in An-Nawawiyah).

Hadis yang keenam belas ini menerangkan bahawa:

Sempurnanya iman seseorang adalah dengan menurut bulat-bulat apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:

Junjungan kita Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang penganjur yang terkemuka bahkan Baginda juga seorang Rasul yang memimpin umat manusia dengan berpandukan wahyu dan Allah `Azza wa Jalla.

Oleh itu maka setiap orang hendaklah meletakkan kepercayaannya kepada Rasulullah s.a.w. lebih daripada kepercayaannya kepada diri sendiri dan apa yang dibawa oleh Baginda tidak boleh ditentang dengan apa yang difikirkan dan dipersetujui oleh diri masing-masing kerana segala yang disampaikan oleh Baginda dan Tuhan bukan untuk dicuai-cuaikan dan bukan pula untuk dijadikan suatu perkara yang diserahkan kepada perasaan dan runtunan hawa nafsu; bahkan untuk dipatuhi dengan perasaan tenang hati serta persetujuan yang sebulat-bulatnya.

Orang yang mengutamakan fikiran atau pendapat dirinya daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. maka imannya tidak sempurna. Demikian juga sesiapa yang memutar belitkan atau melakukan ta'wilan-ta'wilan terhadap ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. untuk menyesuaikannya dengan kemahuan atau fikirannya sendiri maka nyatalah imannya tidak sempurna.

Oleh itu, jika ada yang terdorong berbuat demikian, maka segeralah rujuk ke jalan yang benar, semoga ia selamat di dunia dan di akhirat.

Hadis Ketujuh Belas
17- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَسْرِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلَا يَنْتَهِبُ نُهْبَةً يَرْفَعُ النَّاسُ إِلَيْهِ فِيهَا أَبْصَارَهُمْ حِينَ يَنْتَهِبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ. (البخاري ومسلم)
17 - Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak meminum arak, tidak akan meminum arak itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang hendak mencuri, tidak akan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya dan seseorang yang melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang dirompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketujuh belas ini menegaskan bahawa:

Orang yang tergamak melakukan sesuatu yang dilarang, tidak sempurna imannya.
Huraiannya:

Kebahagiaan hidup seseorang atau sesuatu bangsa adalah bergantung kepada pertalian keturunannya yang bersih serta berkekalan dan keselamatan akal fikirannya serta harta bendanya.

Untuk mencapai kebahagiaan hidup itu maka perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan hendaklah dijauhi dan perbuatan meminum arak atau menghisap benda-benda yang merosakkan akal fikiran hendaklah disingkirkan, juga perbuatan curi dan rompak samun hendaklah dihapuskan.

Dengan wujudnya pertalian keturunan yang bersih dan berpanjangan itu wujudlah pula perasaan pertalian kaum kerabat dan kebangsaan yang dengan kekuatan dan pengaruhnya seseorang itu akan mendapat kekuatan untuk mencegah sebarang bahaya yang akan menimpanya dan wujudlah pula hubungan tolong-menolong dengan jalan pertalian kerabat dan semangat kebangsaan dalam segala urusan hidup, kerana biasanya seseorang itu apabila ditimpa sesuatu kesusahan yang menjadikan dia memerlukan bantuan, ia tidak mendapati bantuan itu melainkan dari orang-orang yang ada pertalian keturunan dengannya, maka dengan wujudnya pertalian keturunan dan kerabat yang suci dan sihat, eloklah keadaan segala lapisan masyarakat dan tenteramlah keadaan negara.

Demikian juga dengan terselamatnya akal fikiran dari sebarang perkara yang merosakkannya, dapatlah manusia menimbang dan mengenal mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang hak dan mana yang batil dan dapatlah pula memikirkan soal-soal ketuhanan serta soal iman dan taqwa.

Demikian pula dengan terselamatnya harta benda yang menjadi asas kehidupan seseorang, akan dapatlah ia memajukan segala urusan dunia dan agama dengan sempurna.

Kebenaran hakikat ini diakui oleh ahli-ahli fikir yang bijak pandai, bahkan semua agama yang diturunkan oleh Allah Taala bertujuan menjaga perkara-perkara yang tersebut dari apa juga yang merosakkannya.

Malangnya perbuatan zina yang menodai pertalian keturunan, perbuatan meminum arak yang merosakkan akal fikiran, dan perbuatan curi rompak yang memusnahkan hak milik orang lain dengan tidak berperi kemanusiaan - dilakukan dengan bermaharajalela bukan sahaja oleh orang-orang yang jahil bahkan juga orang-orang yang terpelajar.

Berlakunya yang demikian adalah disebabkan ketiadaan atau kelemahan iman dan dengan itu mudahlah mereka dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu dan keadaan buruk yang disekelilingnya.

Untuk mencegah perbuatan-perbuatan yang durjana itu, tidak lain melainkan dengan jalan yang memelihara dan menghidupkan iman yang kukuh dan sempurna.

Hadis Kelapan Belas
18- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ. (مسلم)



18 - Dari Abdullah bin `Amr r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Seseorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam dari lidahnya dan tangannya.

(Muslim)

Hadis yang kelapan belas ini menerangkan bahawa:

Orang-orang yang sempurna Islamnya tidak melakukan sebarang angkara.
Huraiannya:

Perkataan "Islam" ialah pecahan dari perkataan "Salam" ertinya: Selamat sejahtera.

Orang Islam yang sebenar-benarnya - selain daripada menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya - ia tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau pun dengan apa jua.

Sebaliknya orang Islam yang tergamak melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, ialah orang yang tidak sempurna Islamnya.

Hakikat ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sepotong hadisnya yang bermaksud:

"Orang-orang yang sempurna Islamnya adalah bersaudara dengan semua orang yang tidak memusuhinya terutama sekali orang-orang Islam); salah seorangnya tidak harus melakukan kezaliman kepada saudaranya, tidak harus dibiarkan dia teraniaya dan tidak dibela, tidak harus menyatakan kepadanya sesuatu yang dusta dan juga tidak harus menghinakan atau memandang rendah kepadanya."

Hadis Kesembilan Belas
19- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ. (الترمذي وغيره)
19- Dari Abu Hurairah, r.a., Dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Sebahagian dan keelokan dan kesempurnaan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak perlu kepadanya."(Tirmizi dan Lain-Lainnya).

Hadis yang kesembilan belas ini menerangkan tentang;

Sebahagian dari kesempurnaan Islam.
Huraiannya:

Manusia dalam alam kehidupan ini menghadapi perkara-perkara yang wajib dilakukannya dan yang mesti ditinggalkan.

Perkara-perkara yang wajib dilakukannya itu ada yang untuk masa hidupnya di dunia dan ada yang untuk hidupnya di akhirat.

Untuk masa hidupnya di dunia ialah makan minum, pakal patut, berumahtangga, beranak pinak dan sebagainya dan untuk hidup di akhirat pula ialah segala amal ibadat yang ditentukan mengerjakannya.

Ada pun perkara-perkara yang mesti ditinggalkan ialah segala perkara yang tidak meluputkan dia dari mendapat pahala atau faedah dan tidak pula mendatangkan sebarang mudarat kepadanya jika ia tidak melakukannya.

Dengan tercantumnya perkara-perkara yang wajib dilakukan dan yang mesti ditinggalkan maka sempurnalah Islam seseorang itu.

wallahualam..

Wednesday, January 26, 2011

Tiada Duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti

Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Saturday, January 22, 2011

Bila Waktu Tlah Berakhir

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Tuesday, January 4, 2011

wudhuk

Hadis Sayidina Othman bin Affan r.a:

Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya: Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya. Kemudian Sayidina Othman r.a berkata: Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Sunday, December 5, 2010

SOLAT

Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan mengqasarkan dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat


Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu. Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

1.Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
2.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
3.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
4.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

1.Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
2.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
3.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
4.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang. Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

1.Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
2.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
3.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq. Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

1.Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
2.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
3.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
4.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

1.Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
2.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Syarat wajib solat:
1.Islam
2.Baligh
3.Berakal
4.Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat sah solat:
1.Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2.Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3.Menutup aurat.
4.Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5.Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1.Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2.Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3.Makan/minum walau sedikit.
4.Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5.Berniat keluar dari solat
6.Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7.Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8.Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9.Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10.Meninggalkan rukun solat.
11.Murtad
Rukun SolatRukun solat ada 13:

1.Niat.
2.Takbiratul Ihram.
3.Berdiri bagi yang mampu.
4.Membaca surah Al-fatihah.
5.Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6.Iktidal dengan tama'ninah.
7.Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8.Duduk di antara dua sujud,dengan tama'ninah.
9.Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10.Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11.Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12.Membaca salam.
13.Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. (Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunat semasa solat
1.Sunat Hai'ah
2.Sunat Ab'adh
Perkara-perkara semasa solat
1.Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
2.Memandang ke atas (mendongak).
3.Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
4.Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
5.Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
6.Bercekak pinggang.
7.Menyinsingkan kain atau baju.
8.Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
9.Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).

Waktu Solat Sunat
Tidak semua solat sunat mempunyai waktu tertentu melainkan beberapa solat sunat. Waktu-waktunya adalah mengiku kelaziman waktu solat Nabi Muhammad s.a.w. antara solat sunat yang dilakukan mengikut waktu tertentu:

1.Solat dhuha - dilakukan ketika waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah atau tujuh hasta)
2.Solat dua Hari Raya - dilakukan pada waktu pagi hari raya yang pertama bagi keuda-dua jenis hari raya dan lazimnya dilakukan pada waktu Dhuha iaitu waktu matahari baru naik (mengikut pandangan sesetengah ulama, pada ketinggian segalah)
3.Solat tarawih - dilakukan pada waktu Isya' (lazimnya dilakukan selepas Solat isya' sebelum kemunculan waktu imsak)
4.Solat sunat gerhana - dilakukan pada waktu gerhana (matahari atau bulan) berlaku.
5.Solat sunat rawatib - dilakukan sebelum dan selepas solat fardhu. Tidak semua solat mempunyai kedua-dua solat sunat.

Waktu Haram Solat
Berikut adalah waktu yang diharamkan solat (sesetengah mengatakan bagi selain tanah haram):

1.Waktu selepas solat Subuh hingga terbit matahari.
2.Waktu mula terbit matahari (syuruk) hingga matahari berada di kedudukan pada kadar segalah (tujuh hasta).
3.Waktu rambang (zawal, istiwa, rembah) atau waktu tengahari (matahari tegak) hingga gelincir matahari kecuali hari Jumaat.
4.Waktu selepas solat Asar hingga matahari kekuningan.
5.Waktu matahari kekuningan hingga matahari terbenam.


SYAHADAH

Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

1.Teks bahasa Arab:
لا إله إلا الله محمد رسول الله

2.Transliterasi:
Lā ilāha illaLlāhu Mu'ammadun rasūluLlāh.

Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya”

Pengucapan syahādah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam menurut kebanyakan sekolah-sekolah tradisional.

Biasanya frasa أشهد أن 'ašhadu 'an = "Saya bersaksi bahawa" ditambahkan di awal kedua-dua Syahadah.

Syarat Sah Syahadah


Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

1.Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.


2.Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)

3.Mamahami makna kedua-duanya.

4.Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.

5.Menggunakan perkataan "asyhadu" ﺃَﺷْﻬpada keduanya.

6.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Hak Syahadah

Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah(orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat sebelum datang perintah solat

Saturday, November 27, 2010

(KISAH BENAR) PEMUDA ARAB BELAJAR DI USA

Asallammualaikum wbt,

Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!
Sang pendeta pun mulai bertanya, "

1.Sebutkan satu yang tiada duanya,

2.dua yang tiada tiganya,

3.tiga yang tiada empatnya,

4.empat yang tiada limanya,

5.lima yang tiada enamnya,

6.enam yang tiada tujuhnya,

7.tujuh yang tiada delapannya,

8.delapan yang tiada sembilannya,

9.sembilan yang tiada sepuluhnya,

10.sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,

11.sebelas yang tiada dua belasnya,

12.dua belas yang tiada tiga belasnya,

13.tiga belas yang tiada empat belasnya.

14.Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!

15.Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?

16.Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?

17.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?

18.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!

19.Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah
yang terpelihara dari api?

20.Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?

21.Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!

22.Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca bismalah ia berkata,

1.Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

2.Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

3.Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4.Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5.Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6.Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

7.Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

8.Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9.Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu, belalang dan pent.

10.Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11.Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12.Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13.Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14.Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).

15.Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16.Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

17.Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18.Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19.Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

20.Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).

21.Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22.Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian akan marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. " Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: Asyhadu Al La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.


Kisah nyata ini diambil dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah melalui internet,
www.gesah.net


wallahhualam..