Thursday, July 1, 2010

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Cerita Mengenai Dajal, Sifat Dan Perkara Yang Ada Bersamanya

5219.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan melainkan dia memberi peringatan (yang menakutkan) kepada umatnya tentang penipu yang buta sebelah matanya. Ketahuilah bahawa Dajal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta sebelah matanya dan ditulis di antara dua matanya (Dajal) Kaf Fa dan Ra (Kafir).


5222.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka.


5227.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Perhatian! Aku akan menceritakan kepada kamu tentang Dajal apa yang belum diceritakan oleh Nabi kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajal itu buta sebelah matanya. Dia akan datang membawa bersamanya seperti Syurga dan Neraka. Syurga yang didakwa oleh Dajal itu sebenarnya adalah Neraka. Aku memperingatkan kamu (dalam masalah Dajal) sebagaimana Nabi Nuh memperingatkan kaumnya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Menceritakan Tentang Sifat Dajal, Dajal Tidak Dibenarkan Memasuki Madinah, Dia Akan Mematikan Orang Mukmin Serta Menghidupkannya

5229.
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami pada satu hari, cerita yang panjang tentang Dajal. Antara perkara yang baginda ceritakan kepada kami ialah sabdanya: Dajal akan datang sedangkan dia tidak dapat memasuki jalan-jalan dan lereng-lereng bukit di Madinah maka dia berhenti di kawasan tanah yang masin dan gersang (tiada tumbuhan) yang terletak selepas Madinah. Maka keluar pada hari itu seorang lelaki yang paling baik atau (keraguan rawi) antara manusia yang baik lalu lelaki itu berkata kepada Dajal: Aku bersaksi sesungguhnya engkau ini adalah Dajal sebagaimana yang telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalam Hadisnya. Dajal pun bertanya: Apa pendapat kamu sekiranya aku mematikan yang ini kemudian aku menghidupkannya semula. Adakah kamu ragu-ragu tentang masalah itu. Lelaki itu menjawab: tidak. Maka Dajal telah membunuhnya kemudian menghidupkannya semula. Lalu lelaki itu berkata sebaik sahaja Dajal menghidupkannya: Demi Allah. Aku lebih mengetahui tentang dirimu sekarang ini dari apa yang aku tahu kelmarin. Abu Said menyambung lagi: Dajal ingin membunuh lelaki itu tetapi tidak berjaya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Cerita Mengenai Dajal Dan Dia Merupakan Makhluk Yang Paling Hina Di Sisi Allah

5231.
Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Kisah Al Jassasah (Pengintip Untuk Dajal)


5236.
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak tiga kali, kemudian semua para Kuffar (orang kafir) dan para Munafik keluar dari Madinah menemui Dajal.

KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT

Bab Tanda Hampirnya Kiamat

5244.
Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda sambil menunjukkan dengan jari selepas ibu jari (jari telunjuk) dan jari tengah: (Jarak waktu) Antara masa aku diutuskan dengan masa berlakunya Kiamat seperti ini.
5245.


Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah).

5248.
Hadis Aisyah r.a katanya: Orang Arab Badwi telah datang berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang Hari Kiamat iaitu bilakah berlakunya Hari Kiamat. Maka Rasulullah s.a.w melihat kepada yang paling muda di antara orang arab kampung itu lalu bersabda: Sekiranya dia ini hidup dan belum sempat tua (mati sebelum tua), maka ketika itu berlakulah Kiamat untuk kamu. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).


5249.
Hadis Anas bin Malik r.a: Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan masa berlakunya Kiamat. Ketika itu ada seorang budak lelaki dari kaum Ansar yang dipanggil Muhammad. Maka Rasulullah s.a.w menjawab: Sekiranya budak lelaki ini hidup, boleh jadi dia tidak sempat tua (mati sebelum tua) sehinggalah berlakunya Kiamat. (Mengikut riwayat Kiamat juga dimaksudkan dengan mati, iaitu apabila seseorang itu mati maka telah berlaku ke atasnya Kiamat walaupun sebelum mencapai umur tua).

TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT

Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :

1.Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur

2.Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.

3.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'

4.Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.

5.Cukai ditinggikan.

6.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.

7.Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.

8.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.

9.Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.

10.Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.

11.Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.

12.Banyak berlaku gempa bumi.

13.Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.

14.Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.

15.Banyak berlaku rasuah.

16.Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

17.Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.

18.Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )

19.Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

20.Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.

Afgan – PadaMu Aku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah


Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud


Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertakwa


Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertakwa


Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud


PadaMu